Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut,
42800 Tanjong Sepat,Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon/fax: 03-31481233

::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling ::: ::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling ::: ::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling :::

Friday, 26 August 2011

Mengenai UBK

SITI UMIDAH BT MOHAMAD SANI
Mummy

Biodata  mummy
Nama penuh : Siti Umidah bt Mohamad Sani
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 20 Disember 19..
Kelayakan Akademik Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Bimbingan & Kaunseling, UPSI
Status : berkahwin
No.telefon : 012-3886945




Pak Su

Biodata  paksu
Nama penuh : Mohd Arif bin Alias
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 31 Ogos 19..
Kelayakan Akademik Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling, UKM
Status : berkahwin
No Telefon : 016-2660008



VISI
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENJADI PENARAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2011
 
MISI
UNTUK MERIALISASIKAN VISI KAMI AKAN MEMASTIKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

1.Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
2.melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi yang tinggi dan berakhlak mulia.
3. membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
4. mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan 
    dan kaunseling
5. memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar,
 

FALSAFAH
FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBELINGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.



SENARAI TUGAS

SENARAI TUGAS GURU KAUNSELING


1.Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. 

2.Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3.Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4.Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5.Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6.Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling individu secara profesional dan beretika.

7.Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV, dan STPM.

9.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan & Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13.Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14.Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16.Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18.Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19.Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20.Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21.Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22.Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23.Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24.Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25.Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

26.Menjadi ex-oficio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).