PIAGAM SEKOLAH
Kami staf Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut bersedia berkhidmat untuk:
- Menerapkan dan mengembangkan bakat serta nilai keilmuan rohani dan jasmani sesuai dengan moto
“ ILMU SEMANGAT HIDUP”
- Menerapkan semangat cinta dan bangga kepada sekolah
- Memupuk nilai estetika ,jujur, berwawasan, berhemah tinggi dan dapat menyumbang kea rah kesejahteraan
Negara.
- Mewujudkan suasana harmoni, mesra dan bekerjasama dengan ibu bapa, penjaga serta masyarakat amnya.
SEJARAH SEKOLAH
TAHUN | PERISTIWA |
1959 | Dikenali dengan nama Darjah Menengah Rendah Kebangsaan Batu Laut dengan bilangan pelajarnya seramai 35 orang pelajar sahaja |
1965 | Dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan |
1967 | Bangunan khas telah dibina, dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu laut dan kekal hingga kini |
7 Nov 1968 | YB Mohd Khir bin Johari merasmikan bangunan dua tingkat yang dapat menempatkan empat buah kelas, sebuah perpustakaan, sebuah mamal sains, dua buah stor, sebuah bilik SRT, sebuah bilik guru dan sebuah bilik untuk guru besar |
Mac 1971 | Pembinaan kantin, blok dua tingkat yang dapat menempatkan empat kelas, sebuah makmal sains, dua buah stor, dan dua buah tandas serta dua buah tandas murid. |
1978 | Bangunan dua tingkat ketiga siap di bina dengan mempunyai enam buah kelas, sebuah makmal sains, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Bangunan ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Suhaimi bin Dato’ kamarudin,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. |
1986 | Bangunan Gotong Royong bernilai RM 50,000 siap dibina sumbangan daripada JPS dan Parlimen yang mengandungi empat buah kelas. Ia dibina dengan tenaga gotong royong penduduk kampug. |
1992 | Blok B dua tingkat menempatkan lapan buah kelas siap di bina |
1999 | Blok tiga tingkat siap dibina menempatkan dua belas buah kelas. |
2000 | Dewan Permata SMKBL siap dibina, padang seluas tiga ekar disiapkan. |
Disember 2005 | Makmal Komputer telah siap diubahsuai |
Disember 2006 | Pusat Akses Kendiri telah siap diubah suai |
Motto Sekolah..
ILMU SEMANGAT HIDUP
Visi SekolahSMK BATU LAUT UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
Misi Sekolah
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU PENGETAHUAN,BERAKHLAK MULIA DAN BERKEMAHIRAN TINGGI..
Lagu sekolah : Majulah.... Majulah...
Majulah...Majulah...
Majulah SMBL...
Di tengah desa yang indah...
Di pinggir laut biru...
Tersegam gagah dengan megah tempat menimba ilmu...
ILMU SEMANGAT HIDUP..
Itulah cogan kami...
Dengan bimbingan para guru
Berdisiplin giat maju...
Wahai pelajar semua...
Belajar dan berusaha...
Memupuk rasa cinta pada negara dan bangsa...
Marilah kita berdoa..
Semoga sihat sejahtera...
SMBL..SMBL...
Megah menjunjung usia....
Majulah...Majulah...
Majulah SMBL....